Isteri berdengkur suami terkebil?

Posted by reez Tuesday, February 8, 2011

Tidak dapat dinafikan sex amat penting dalam perkahwinan setiap pasangan.Walaupun banyak faktor lain yang menjadi penyebab hilangnya seri rumah-tangga namun masaalah yang satu ini tidak boleh dipandang enteng sama sekali oleh pasangan yang inginkan keharmonian dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Kebiasaannya kita sering mendengar keluhan isteri yang kecewa dengan kelemahan sang suami namun tahukah anda isteri-isteri juga ada yng mengalami masaalah yang sama.Lelaki yang tidak puas bersama isteri dalam hubungan batin akan lebih mudah tergoda dengan wanita lain.Sebab itu lah kita kaum wanita selalu merasa hairan kenapa seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang cantik,baik dan pandai mengurus rumah-tangga masih lagi mengejar perempuan lain... .

Lelaki tidak seperti wanita yang suka bercakap dan berusaha mencari jalan penyelesaian jika ada masaalah.Mereka lebih suka berdiam diri mungkin kerana nak menjaga hati dan perasaan isteri tapi tindakkan yang mereka ambil selalunya melukakan hati kita sebagai isteri yang sayangkan suami dan rumah-tangga yang terbina.

Antara masaalah yang sering menghantui seorang wanita bergelar isteri ialah

- Dingin atau lemah syahwat dikenali sebagai mati putik.
- Merasa malu kerana usia telah meningkat dan anak-anak telah membesar.
- Merasa diri tidak memberangsangkan lagi.
- Merasa jijik dan malu untuk mengadakan sex dan menolak sama sekali jika suami inginkan perubahan dan kelainan.
- Masih menjadi patung ketika melakukan hubungan intim,tidak ada tindak balas dan keistimewaan.
- Merasa rendah diri kerana kelemahan diri menjaga vagina hingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan,keputihan,longgar dan hilang daya kemutan.

0 comments

Jadi Ejen Kami

1

Followers