Hai!!!....kalau dulu aku menulis tentang bagaimana nak menyambut kedatangan haid setiap bulan,kali ini pulak aku nak bagitau apa yang perlu dilakukan semasa haid.
Memanglah tentu semua telah sedia maklum kan tapi mana tau ada jugak yang kurang membaca dan malu untuk bertanya pada orang yang lebih tua.Jadi di sini aku ingin berkongsi dengan semua tetamu yang hadir ke ruangan ku yang tak sepertinya ini.
1.Kena rajin menukar tuala wanita tak kira lah jenama apa yang anda pakai.Selain mengelakkan dari berbau,ia akan membuat anda merasa selesa dan nyaman.
2.Anda juga kenalah rajin mencuci kawasan itu supaya tidak dijangkiti kuman yang akan membuatnya terasa gatal dan anda jadi tidak senang duduk.
Di zaman yang serba moden dan canggih ini ada terdapat banyak produk-produk yang di jual bagi menjaga kebersihan kawasan sulit wanita ,tinggal pilih saja tapi aku masih lagi meggunakan cara traditional yang diajar ibu dulu.Antaranya yang paling mudah ialah...
- Gunalah air panas suam yang dibancuh dengan sedikit garam setiap kali mencuci bahagian itu.
- Anda juga boleh merebus 3 keping asam gelugur,garam dan daun sirih serta daun inai untuk mengelakkannya dari berbau.

Lakukan setiap hari samaada ketika semasa haid atau pun di masa-masa yang lain.Insyaallah anda akan mendapat manafaatnya.
Assalamualikum wrh........
Kalau pada entri yang lepas aku telah banyak berceloteh tentang bagaimana mengurus diri sebelum dan semasa haid ,kali ini ku ingin berkongsi cara-cara penjagaan diri selepas haid pula untuk wanita-wanita yang telah berkahwin.
Kita semua tahu , darah yang keluar sebagai haid itu boleh dianggap kotor dan berbau busuk serta hanyir.Kebiasaannya darah haid akan keluar agak banyak pada hari kedua hingga hari keempat.Dan pada hari ke7 atau ke8 ,sudah pun boleh bersuci.
Bagi anak gadis sudah memadai kalau mereka menggunakan air rebusan sirih bercampur garam sebagai amalan harian ( kalau rajin la )tapi bagi para isteri pula mereka haruslah lebih perihatin lagi.Diantara amalan yang para isteri boleh amalkan selepas haid ialah.........
Pada hari ke 6 haid ,mereka hendaklah bertangas selama 3hari berturut-turut.Tujuannya supaya semua kotoran yang masih tertinggal akan keluar.Rahim dan urat saraf yang bengkak akan mengecut disamping itu penyakit keputihan juga akan turut terhindar.
Bila semuanya ok,keyakinan diri akan bertambah,tiada lagi lenguh-lenguh atau sakit pinggang.Ini lah yang dikatakan awet muda itu.Walau usia masih muda dengan wajah yang ayu jelita namun kalau badan selalu masuk angin,letih sentiasa di manakah serinya...
Bahan-bahan untuk bertangas :-
- sedikit bunga cengkih
- daun sirih
- jintan hitam
- sedikit garam
- air secukupnya.
Rebus semua bahan diatas sehingga mendidih.Sebaiknya rebus dalam periuk tanah kerana lebih tahan lama panasnya.Selepas itu tuang kedalam bekas plastik yang agak2 muat jika di letakkan dalam mangkok tandas.Ambil selimut atau tuala mandi yang besar bagi menutup badan agar wap air rebusan tadi tidak akan terkeluar.
Cara-caranya:-
Letak bekas plastik berisi air rebusan ke dalam mangkok tandas.Kemudian duduk di atasnya sambil bukakan atau renggangkan kedua-dua belah peha.Tutup badan separas pinggang ke bawah dan pastikan wap air tidak keluar.Tarik nafas dalam-dalam dan kemut vagina serta tahan dalam kiraan sepuluh.Kemudian lepaskan perlahan-lahan.Ulangi sehingga air menjadi suam.Ambil air itu sebagai basuhan atau cebuk.selepas bertangas.
Asalamualaikum adik kakak semua.Terima kasih pada yang sudi bertandang dan follow.Terima kasih juga pada yang memberi komen.Rajin-rajin lah komen yer kerana komen anda semua bakal memberi semangat untuk aku terus menulis di sini.Maaf kerana bahasa agak kasar tapi reez memang selesa dengan gantinama 'aku' ,rasa lebih mesra gitu.
Hari ni aku nak berkongsi cara-cara menjaga kewanitaan selepas seseorang wanita itu berkahwin pula.Macam mana ek... .haa.. camni menjadi seorang isteri ni banyak pantang larangnya tau dari segi permakanan dan penjagaan diri.Sudah tentu supaya suami sentiasa ingat dan sayang pada kita kan....Siapa yang tak nak suami sayang cuba bagitau...he3......
Selain menjaga penampilan agar sentiasa kemas dan menarik ada lagi perkara yang perlu dititik beratkan iaitu penjagaan dalaman seorang perempuan yang bergelar isteri.Perlu diingat wanita mesti mengawal cara permakanan mereka bukan kerana takut tembam sajer tapi lebih daripada itu.Anda
1.Tidak digalakkan memakan makanan yang mengandungi banyak air seperti tembikai dan makanan yang dalam golongan sejuk seperti betik.Makanan yang tergolong dalam kategori sejuk dan berair ini boleh mengganggu system rahim menjadikannya lemah dan
mengeluarkan cairan yang banyak.Para isteri tentu faham kan....
2.Semasa haid,segala otot dan urat rahim akan menjadi kembang.Pada waktu ini lah anda boleh melepaskan geram anda.Makan lah apa saja yang diingini tidak perlu berpantang.
3.Bagi melancarkan perjalanan darah boleh la ikut seperti yang tercatat dalam entri yang lepas.Boleh juga amalkan minum resepi ini sebelum datang haid selama 3 pagi berturut-turut...
a.kunyit sebesar ibu jari ditumbuk dan diperah.Ambil airnya.
b.Telur ayam kampung diambil merahnya sahaja.
c.2 camca madu lebah.
Bancuh dan minum selama 3pagi sebelum haid.
Ermm...sebagai lanjutan dari entri yang lalu ,aku akan berikan tip-tip untuk menjaga kewanitaan seorang perempuan yang aku dapat dari ibuku sendiri dan juga dari buku-buku yang aku baca.Sebagai perempuan yang pentingkan kecantikan,kesihatan dalaman amatlah penting.Kerana badan yang sihat dan cergas itu akan memancarkan cahaya di wajah yang membuatkan wajah mereka kelihatan segar dan berseri.
Tak percaya?... Cuba lihat wajah orang yang sakit.Tak kira lah sakit lutut ke letih ker...Pasti wajah mereka mudah berkerut dan lesu kan.....Ok lah kali ni aku bagi petua untuk anak gadis dulu ek... .
Boleh dikatakan inilah yang ayah suruh aku amalkan sebaik datang haid yang pertama dulu.Ketika itu usia ku baru 12 tahun dan ianya amat berkesan kerana aku bebas dari senggugut yang menjadi kebiasaan kawan-kawan setiap kali mereka datang bulan.
Jangan heran pulak bila aku katakan ayah tadi sebabnya memang ayah ku sangat mengambil berat perihal anak perempuannya sehinggalah aku berkahwin pun ayah yang banyak beri tunjuk ajar.okey kalau nak tahu teruskn membaca yer...
1.Catat tarikh hari pertama kedatangan haid anda.(sediakan kalendar mini).Contohnya pada 2hb.Jan,2011 anda didatangi haid dan pada 1hb.feb'11 anda sekali lagi haid.Cuba kira pusingan haid anda.... 28hari kan.Ini bermakna untuk bulan seterusnya anda akan didatangi haid pada 1hb.mac'11.
2.Seminggu sebelum haid anda mesti mengawal cara permakanan harian antaranya:-
- Jangan minum minuman berais.
- Amalkan meminum madu yang dibancuh dengan air suam panas.
- Makan jamu rempah ratus yang dicampur madu.Makjun panas contohnya.
- Jangan makan makanan sejuk
Tidak dapat dinafikan sex amat penting dalam perkahwinan setiap pasangan.Walaupun banyak faktor lain yang menjadi penyebab hilangnya seri rumah-tangga namun masaalah yang satu ini tidak boleh dipandang enteng sama sekali oleh pasangan yang inginkan keharmonian dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Kebiasaannya kita sering mendengar keluhan isteri yang kecewa dengan kelemahan sang suami namun tahukah anda isteri-isteri juga ada yng mengalami masaalah yang sama.Lelaki yang tidak puas bersama isteri dalam hubungan batin akan lebih mudah tergoda dengan wanita lain.Sebab itu lah kita kaum wanita selalu merasa hairan kenapa seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang cantik,baik dan pandai mengurus rumah-tangga masih lagi mengejar perempuan lain... .
Lelaki tidak seperti wanita yang suka bercakap dan berusaha mencari jalan penyelesaian jika ada masaalah.Mereka lebih suka berdiam diri mungkin kerana nak menjaga hati dan perasaan isteri tapi tindakkan yang mereka ambil selalunya melukakan hati kita sebagai isteri yang sayangkan suami dan rumah-tangga yang terbina.
Antara masaalah yang sering menghantui seorang wanita bergelar isteri ialah
- Dingin atau lemah syahwat dikenali sebagai mati putik.
- Merasa malu kerana usia telah meningkat dan anak-anak telah membesar.
- Merasa diri tidak memberangsangkan lagi.
- Merasa jijik dan malu untuk mengadakan sex dan menolak sama sekali jika suami inginkan perubahan dan kelainan.
- Masih menjadi patung ketika melakukan hubungan intim,tidak ada tindak balas dan keistimewaan.
- Merasa rendah diri kerana kelemahan diri menjaga vagina hingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan,keputihan,longgar dan hilang daya kemutan.



