Penjagaan diri semasa haid

Posted by reez Wednesday, February 23, 2011

Assalamualaikum wrh....

    Hai!!!....kalau dulu aku menulis tentang bagaimana nak menyambut kedatangan haid setiap bulan,kali ini pulak aku nak bagitau apa yang perlu dilakukan semasa haid.

    Memanglah tentu semua telah sedia maklum kan tapi mana tau ada jugak yang kurang membaca dan malu untuk bertanya pada orang yang lebih tua.Jadi di sini aku ingin berkongsi dengan semua tetamu yang hadir ke ruangan ku yang tak sepertinya ini.


1.Kena rajin menukar tuala wanita tak kira lah jenama apa yang anda pakai.Selain mengelakkan dari berbau,ia akan membuat anda merasa selesa dan nyaman.


2.Anda juga kenalah rajin mencuci kawasan itu supaya tidak dijangkiti kuman yang akan membuatnya terasa gatal dan anda jadi tidak senang duduk.

    Di zaman yang serba moden dan canggih ini ada terdapat banyak produk-produk yang di jual bagi menjaga kebersihan kawasan sulit wanita ,tinggal pilih saja tapi aku masih lagi meggunakan cara traditional yang diajar ibu dulu.Antaranya yang paling mudah ialah...


- Gunalah air panas suam yang dibancuh dengan sedikit garam setiap kali mencuci bahagian itu.


- Anda juga boleh merebus 3 keping asam gelugur,garam dan daun sirih serta daun inai untuk mengelakkannya dari berbau.



Lakukan setiap hari samaada ketika semasa haid atau pun di masa-masa yang lain.Insyaallah anda akan mendapat manafaatnya.




2 comments

  1. Kakkoii Says:
  2. wah... tips yg bagus untuk kekasih kakkoii. thx

     
  3. cha zainol Says:
  4. betul. nenek aku pesan.guna air rebus sirih untuk jaga private part.

     

Jadi Ejen Kami

1

Followers